PARAS ASID URIK YANG TINGGI BOLEH MENINGKATKAN RISIKO PENYAKIT GOUT ATAU BATU KARANG

APA ITU ASID URIK?

Asid urik merupakan bahan sampingan daripada pemecahan purin, bahan yang dihasilkan dalam tubuh kita dan terkandung dalam kebanyakan makanan.

APA YANG AKAN BERLAKU SEKIRANYA TERDAPAT ASID URIK YANG BERLEBIHAN DALAM BADAN?

Bahan ini disingkirkan melalui air kencing, tetapi kelebihan asid urik di dalam badan boleh menyebabkan serangan radang sendi (gout) khususnya di bahagian jari kaki dan tangan. Ia juga boleh menyebabkan batu karang dan buah pinggang tersumbat.

berhati-hati dengan makanan yang tinggi kandungan purin !!!

Sesetengah makanan boleh menyebabkan paras asid urik dalam tubuh anda meningkat. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan purin seperti organ, ikan bilis, ikan tenggiri, kapis dan kupang, serta sayur-sayuran yang sederhana kandungan purin seperti asparagus, kubis bunga, bayam, cendawan dan kacang hijau. Pengambilan minuman manis yang berlebihan juga menyebabkan paras asid urik meningkat.

Pengambilan makanan-makanan ini dengan berlebihan akan menyebabkan air kencing menjadi berasid serta paras asid urik yang tinggi dalam darah – hiperurisemia. Asid urik akan menjadi kristal di bahagian sendi dan tisu tubuh lalu menyebabkan serangan gout sekiranya asid urik ini tidak dikurangkan.

Jangan risau! kami ada penyelesaian untuk masalah gout anda !!

© 2023 Neo Medicare Group. All Rights Reserved.